Translate

30 April 2016

Seorang pekerja sebuah zoo ditahan pada minggu lepas kerana didakwa menggelapkan duit makanan untuk harimau di zoo

Penjaga Zoo Sanggup Biarkan Harimau Kebuluran Untuk Beli Kereta


Indonesia - Seorang pekerja sebuah zoo di Yogyakarja ditahan pada minggu lepas kerana didakwa menggelapkan duit makanan untuk harimau di zoo berkenaan untuk tujuan membeli dua buah motosikal dan sebuah kereta dalam masa beberapa bulan.

Menurut polis, suspek beruai 37 tahun itu telah menggelapkan 3 juta rupiah (RM890) seminggu sejak Jun tahun lalu sehingga Februari tahun ini.

"Secara keseluruhan, dia disyaki menggelapkan 90 juta Rupiah (RM26,720)  duit untuk membeli daging kambing (untuk harimau)", kata polis Yogjakarta, Inspektor Edi Subekti, lapor Coconut Jakarta.

Menurut laporan itu juga, harimau-harimau di zoo berkenaan sepatutnya diberi 17kg daging kambing dua kali seminggu namun pekerja zoo itu telah mengambil kebanyakan dari wang terbabit. Laporan itu juga menyatakan dia hanya memberikan 5kg daging sahaja dari 17kg itu.

Pekerja zoo itu juga dituduh menggunakan wang terbabit untuk membeli dua motosikal dan membuat bayaran muka sebuah kereta.

Lelaki berkenaan ditahan berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pelatih harimau yang mendapati harimau-harimau itu seolah-olah susut berat badan dan kehilangan bulu.

Jika disabitkan kesalahan, penjaga zoo berkenaan berhadapan penjara empat tahun kerana mengelapkan wang. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED