Translate

30 March 2016

Seorang pelajar perempuan berdepan detik hitam apabila guru terbabit yang dalam keadaan berbogel bertindak menyerang mangsa di kawasan sekolah pada waktu rehat.

Guru Bogel Cuba Rogol Pelajar Di SekolahView Comments

DENGAN peningkatan kes rogol dan serangan seksual di seluruh dunia setiap tahun, insiden yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Guangxi, China membabitkan seorang guru cuba merogol seorang pelajar perempuan pada Isnin lalu membuktikan bahawa kes jenayah ini perlu dipandang serius.
Memetik laporan portal berita The Sun, seorang pelajar perempuan berdepan detik hitam apabila guru terbabit yang dalam keadaan berbogel bertindak menyerang mangsa di kawasan sekolah pada waktu rehat.
Menerusi foto yang dikongsi di laman sosial negara itu, mangsa yang dikenali sebagai Huo, 30, dilihat berbogel sebelum bertindak memeluk mangsa.
Insiden serangan tersebut nyata mengejutkan beberapa pelajar yang berada di tempat kejadian, sebelum mangsa berjaya diselamatkan guru sekolah tersebut.
Menurut laporan portal tersebut lagi, suspek dikatakan mengalami gangguan mental sejak 2011, namun Huo didapati sembuh selepas dua tahun menjalani rawatan dan dibenarkan untuk kembali bertugas.
Pihak sekolah bagaimanapun mengarahkan Huo bertugas di makmal sekolah dan tidak dibenarkan mengajar.
"Suspek didapati telah mengalami gangguan mental sejak 2011, tetapi doktor memaklumkan penyakitnya boleh sembuh dalam tempoh dua tahun.
“Berikutan insiden itu, mangsa dibawa berjumpa pakar psikiatri, tetapi dia tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal,” jurucakap polis dipetik sebagai berkata.

- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED