Translate

25 February 2016

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pasaraya mendedahkan muslihat sekumpulan wanita yang dipercayai sekeluarga mencuri barangan di kedai

CCTV Rakam 'Geng Kangkang' Curi Barang

KUALA LUMPUR: Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pasaraya mendedahkan muslihat sekumpulan wanita yang dipercayai sekeluarga mencuri barangan di kedai tersebut.
Video yang memaparkan aksi licik sekumpulan wanita ‘berhjab’ itu kini mula tersebar di laman sosial.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Video Viral, kelihatan beberapa wanita terbabit memenuhkan raga dengan barangan runcit sebelum berkumpul di satu penjuru kedai yang terlindung untuk memasukkan barang ke dalam beg.
Malah lebih mengejutkan, rakaman tersebut turut menunjukkan wanita terbabit menyembunyikan barangan yang dicuri di dalam kain mereka.

Berdasarkan rakaman turut kelihatan kelibat seorang lelaki yang dipercayai dalang kepada kegiatan tersebut.
Kumpulan ini dipercayai menggunakan taktik dengan menyamar sebagai pembeli, sebelum bertindak mencuri barangan.
Bagaimana, lokasi dan masa kejadian tidak dapat dipastikan.
Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 7,000 pengguna Facebook.


- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED