Translate

28 January 2016

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara

Najib Menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pagi Ini

Kredit gambar: Berita Harian

DUTA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur, pagi Rabu.

Memetik laporan daripada portal TV14, kenderaan rasmi kerajaan yang dilaporkan membawa Najib tiba di pintu Istana Negara kira-kira jam 7.58 pagi .

Menurut portal berkenaan lagi, Najib dilaporkan menghadap Seri Paduka untuk meminta perkenan perlantikan baru Menteri Besar Kedah ke-12 bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang telah hilang kepercayaan UMNO Kedah.

Sementara itu, memetik laporan Sinar Online, mereka cuba menghubungi Jabatan Perdana Menteri bagaimanapun masih belum beroleh jawapan. 

Suasana politik di Kedah kebelakangan ini 'panas' apabila Menteri Besar sedia ada cuba dijatuhkan dengan meminta Perdana Menteri menggantikan calon baru. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED