Translate
31 December 2015
Sejak semalam media sosial kecoh mengenai kehilangan seorang perempuan berusia 14 tahun yang dikatakan diculik oleh sebuah van putih. Mangsa Culik berumur 14 tahun memanggil ibunya dan beritahu bahawa beliau telah di larikan oleh 2 orang lelaki India yang tidak di kenali
Selangor, 30 Dis - Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai kehilangan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dikatakan diculik oleh sebuah van putih.
Namun, pelbagai desas-desus yang timbul berhubung kejadian sehinggakan ada yang mengatakan mangsa telah pun dirogol dan dibunuh, telah selamat dijumpai dan pelbagai lagi.
Sehubungan itu, polis Selangor, menerusi Facebook rasminya mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian.
Kenyataan tersebut dibuat oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato Abdul Samah bin Hj. Mat.
Menerusi kenyataan yang dibuat lewat petang tadi itu, polis mengatakan pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk mencari mangsa.
Operasi mencari mangsa kini sedang giat dijalankan.
Kenyataan penuh dari Polis Selangor :
PENJELASAN SEBARAN VIRAL BERKAITAN KEJADIAN REMAJA BERUMUR 14 TAHUN DILARIKAN OLEH VAN PUTIH.
1. Polis Kontinjen Selangor dengan ini mengesahkan ada menerima laporan polis mengenai kehilangan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di kawasan Klang Utara pada 28.12.2015 jam 8.20 malam, yang telah tersebar viral dalam laman media sosial Facebook.
2. Pada 28/12/2015 lebih kurang jam 8.20 malam, pihak polis telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh ibu(pengadu) remaja perempuan tersebut bersabit kehilangan anaknya itu. Pengadu menyedari ketiadaan anaknya itu sejak 27/12/2015 lebih kurang jam 2.30 petang dan anaknya itu dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat. Walaubagaimanapun, pada peringkat awalnya, mangsa masih boleh dihubungi oleh ibunya(pengadu) menerusi telefon bimbit dimana anaknya itu memaklumkan bahawa beliau telah keluar untuk berjumpa rakannya.
3. Siasatan awal oleh pihak polis menerusi seorang saksi iaitu adik kepada remaja perempuan tersebut, mengesahkan bahawa kali terakhir beliau dilihat adalah bersama seorang lelaki cina, yang di percayai teman lelakinya iaitu pada 27/12/2015 lebih kurang jam 7.00 malam di sebuah kedai makan di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.
4. Siasatan polis selanjutnya mendapati remaja perempuan tersebut memang sering keluar rumah untuk berjumpa dengan rakannya.Beliau juga pernah beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi tidak pernah melarikan diri dari rumah dan beliau tidak mempunyai masalah serius dengan ahli keluarganya.
5. Namun, pada 29/12/2015 lebih kurang jam 7.30 malam, ibu remaja berkenaan (pengadu) telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu bahawa beliau telah di larikan oleh 2 orang lelaki India yang tidak di kenali semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah. Remaja tersebut juga memberitahu bahawa beliau telah di bawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van berwarna putih.
6. Sehubungan itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk menjejak dan mengesan lokasi remaja tersebut. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes culik dibawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan siasatan serta operasi untuk mengesan remaja tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak polis.
7. Justeru, pihak polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut. Orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan polis kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah Polis Klang Utara, ASP Burhanuddin bin Mustafa ditalian atau Pegawai Penyiasat, Insp.Ahmad Tarmizi bin Umar di talian no .
CP Dato Abdul Samah bin Hj.Mat.
KETUA POLIS SELANGOR.
30 December 2015.
- Siakapkeli.my
Popular Posts - Last 7 days
-
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysi...
-
TLDM tragedy: Nation mourns worst helicopter crash Bernama 24/04/2024 TLDM tragedy: Nation mourns worst helicopter crash Two helicopters c...
-
Dua helikopter TLDM bertembung semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90. Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh or...
-
Tiga anggota TLDM wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di...
-
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO Bernama 22/04/2024 PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Ke...
-
KL20 Summit 2024 to attract high-quality investments - PM Bernama 22/04/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim said the summit marks a comprehens...
-
70 PCT OF PROPERTY DEVELOPMENT IN FOREST CITY SOLD - EXCO 20/04/2024 KULAI, April 20 (Bernama) -- Seventy per cent of the property develop...
Popular Posts - Last 30 days
-
Saudi says application for 1444 H umrah visa opens from today Bernama Julai 14, 2022 The Ministry of Haj and Umrah of Saudi Arabia has ann...
-
Kedah MB: ECK no longer part of Kulim airport project Bernama Julai 13, 2022 Muhammad Sanusi announced that the ECK Group of Companies (EC...
-
King presents appointment letters to four new envoys Bernama Julai 12, 2022 His Majesty presenting the letter of appointment to M'sian...
-
Following is BEST FBKL's selection of The Top Ramadan 2024 Buka Puasa Buffet's in Kuala Lumpur and the Klang Valley. We hope that y...
-
Wan Saiful confirms he is no longer PTPTN chairman Bernama Julai 12, 2022 Bersatu Information chief Datuk Wan Saiful Wan Jan today confirm...
-
Naz Empire's defamation lawsuit against Awal Ashaari to go to trial as mediation fails Bernama Julai 12, 2022 The defamation lawsuit f...
-
Paris court grants Malaysia's application to suspend claims by purported heirs of Sultan Jamalul Kiram II Bernama Julai 13, 2022 Dr Wa...
-
‘Alas pintu’ dengan gambar Kaabah sebenarnya sejadah mini - AEON BiG April 13, 2024 Susulan penularan gambar yang mendakwa penjualan ‘alas ...
-
Screenshot of a video shared by the public of the incident at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Arrival Hall 1 on Sunday. SEPANG...
Blog Archive
-
►
2023
(3771)
- December (311)
- November (322)
- October (286)
- September (288)
- August (365)
- July (349)
- June (372)
- May (316)
- April (279)
- March (301)
- February (245)
- January (337)
-
►
2022
(4309)
- December (352)
- November (422)
- October (288)
- September (281)
- August (347)
- July (303)
- June (335)
- May (406)
- April (341)
- March (371)
- February (390)
- January (473)
-
►
2021
(9030)
- December (636)
- November (647)
- October (809)
- September (797)
- August (880)
- July (894)
- June (747)
- May (780)
- April (580)
- March (629)
- February (643)
- January (988)
-
►
2020
(6800)
- December (819)
- November (698)
- October (832)
- September (729)
- August (548)
- July (558)
- June (615)
- May (394)
- April (368)
- March (453)
- February (439)
- January (347)
-
►
2019
(4089)
- December (411)
- November (425)
- October (375)
- September (279)
- August (397)
- July (353)
- June (326)
- May (315)
- April (266)
- March (318)
- February (293)
- January (331)
-
►
2018
(4100)
- December (305)
- November (304)
- October (357)
- September (352)
- August (420)
- July (442)
- June (366)
- May (412)
- April (343)
- March (275)
- February (233)
- January (291)
-
►
2017
(3888)
- December (268)
- November (293)
- October (352)
- September (309)
- August (356)
- July (300)
- June (319)
- May (354)
- April (316)
- March (335)
- February (306)
- January (380)
-
►
2016
(4563)
- December (331)
- November (328)
- October (378)
- September (415)
- August (404)
- July (380)
- June (310)
- May (370)
- April (430)
- March (484)
- February (355)
- January (378)
-
▼
2015
(4588)
- December (402)
- November (392)
- October (393)
- September (375)
- August (450)
- July (392)
- June (456)
- May (407)
- April (408)
- March (374)
- February (262)
- January (277)