Translate

31 December 2015

Pendedahan Isteri, Buat Ezany Malu Dengan Datin Paduka K

Pendedahan Isteri, Buat Ezany Malu Dengan Datin Paduka

NAMPAKNYA kemelut rumah tangga pelakon Ezany Nizariff bersama isterinya Lizda Nuryanti Abidin semakin kritikal.
Jika semalam Lizda tampil mendedahkan bahawa dirinya difitnah, kali ini Ezany pula menafikan hal tersebut.
Menurut Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 41, isterinya berbuat demikian gara-gara kecewa selepas teman lelaki meninggalkan dirinya.
imageResize
“Setelah lama dia menghilang, tidak hadir ke mahkamah untuk kes perbicaraan cerai nusyuz, hak penjagaan kekal anak dan hak penjagaan anak sementara, tiba-tiba dia muncul dengan kenyataan media yang kurang bijak.
“Saya tahu dia kecewa apabila lelaki harapan yang kononnya mahu bernikah meninggalkan dia dan berkahwin dengan orang lain membuatkan dia berani keluarkan kenyataan kepada media memburukkan saya pula,” katanya yang dihubungi mStar Online.
Jelas usahawan belacan ini, kenyataan yang dikeluarkan Lizda adalah tidak benar dan dia percaya isterinya mempunyai tujuan tertentu.
Ezany-Nizariff-12-Kali-Turun-Naik-Mahkamah-Kerana-Isteri-ROTIKAYA-700x450
“Apabila menuduh saya tidak beri nafkah dan majlis kahwin ditanggung oleh dia sepenuhnya, saya tak nampak di mana logiknya itu kerana ketika kami berkahwin, dia tiada duit.
“Kalau saya tak beri nafkah, macam mana dia boleh hidup senang? Takkan setiap kali nak bagi nafkah, saya perlu membuat penyata gaji?
“Bagi saya, senang sahaja, buktikan apa yang dia katakan itu betul kerana saya juga ada bukti mengenai kecurangannya itu,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Ezany akui tindakan isterinya itu membuatkan dia berasa malu terhadap wanita yang sedang didekatinya iaitu Datin Paduka K.
“Jujurnya saya malu dengan dia (Datin Paduka K) kerana dia juga terkena tempias gara-gara masalah saya dan Lizda. Sedangkan kami baru kenal rapat,” tuturnya.
Kes cerai dan nusyuz pasangan ini telah difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor sekitar Ogos 2014, namun masih belum selesai.
Ezany dan Lizda berkahwin pada 1 Julai 2007. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak iaitu Hayden Harraz yang berusia 2 tahun dan Rayyan Harraz (4 tahun)
. – MYNEWSHUB.CC

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED