Translate

23 October 2015

Aktres jelita Nur Fazura mengakui semakin terbuka & selesa berkongsi pada umum tentang sisi kehidupan peribadinya selepas muncul program realiti "Facing Up To Fazura"

Fazura Terus Dedah Privasi, Lebih Banyak Menangis 

..
Aktres jelita Nur Fazura mengakui semakin terbuka dan selesa berkongsi pada umum tentang sisi kehidupan peribadinya selepas muncul menerusi program realiti Facing Up To Fazura musim pertama yang disiarkan tahun lalu.
Mengakui meskipun ada ketikanya timbul rasa janggal dan rimas kerana sentiasa diekori kamera dan segala tingkah laku dirakamkan.
Namun, segala kerisauan dalam dirinya lama-kelamaan reda sementelah program tersebut dijadikan peluang dia berkongsi dengan masyarakat lebih mengenali siapa dirinya yang sebenar.
"Nak buat keputusan untuk bersetuju, bukan sesuatu yang mudah sebab selama ini saya seorang yang sangat menjaga hal peribadi saya.
"Namun, apabila saya buat keputusan bersetuju untuk buat program realiti tentang diri saya, satu syarat yang saya letakkan, saya tidak mahu berlakon.
"Kenapa saya perlu buang masa berlakon tentang diri saya. Lebih baik saya ambil tawaran watak dalam kerja lakonan.
"Saya nak tunjukkan inilah diri saya, tak perlu peminat nak baca blog atau gosip dan sebagainya untuk tahu semuanya tentang diri saya.
"Kalau nak nilai saya, nilai menerusi apa yang mereka tonton dalam program ini dan seperkara yang lucu apabila buat program realiti ini, kadang-kadang saya terlupa yang kamera sedang rakam apa saja yang saya buat.
"Musim pertama, saya risau juga sebab memikirkan kritikan dan ada ke orang nak tengok program ini?
"Tapi, apabila saya dimaklumkan program realiti saya antara program yang mendapat rating tertinggi di Asia. Saya tertanya-tanya juga siapa yang tonton rancangan ni dan kenapa mereka nak tonton?
"Daripada respon itu juga, menjadikan saya lebih selesa dan terbuka mendedahkan siapa tentang diri saya yang sebenar," katanya ketika ditemui pada majlis minum petang Facing Up To Fazura musim kedua di Starhill, Kuala Lumpur, semalam.

..
Menyusul enam lagi episod untuk musim kedua yang bakal disiarkan di saluran E! mulai 1 November ini dimana penuh dengan elemen kejutan dan air mata.
Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM27) ini teruja mendedahkan banyak lagi perkara yang berlaku dalam kehidupannya yang belum ketahui ramai.
Katanya, musim kali ini lebih memperlihatkan bahawa kehidupannya sama seperti orang biasa walaupun dia seorang selebriti.
Dalam keterujaannya bercerita tentang sesuatu yang berkaitan dengan dirinya, ada masa membuatkan dia cukup tersentuh sehingga mengalirkan air mata.
Seperkara menarik, Fazura berkongsi antara detik paling berharga apabila dia menghadiri sesi ujibakat untuk sebuah filem terbitan Hollywood.
..
"Musim kedua ini, saya banyak menangis. Sebenarnya, saya tak suka menangis sebab tak mahu orang tengok saya ini lemah tetapi saya lupa yang saya juga manusia biasa.
"Misalnya kalau bercakap berkaitan binatang atau bercerita mengenai bertapa bersyukurnya saya dengan apa yang saya sudah capai dalam hidup saya sehingga saat ini, saya tak dapat tahan air mata saya.
"Ada juga tentang saya hadiri ujibakat untuk berlakon dengan produksi Hollywood.
"Kali ini juga saya ambil peluang untuk jelaskan isu-isu panas yang mengaitkan diri saya seperti isu saya pegang anjing dan tentang isu KLFW.
"Kadang-kadang saya rasa penting untuk orang tahu kenapa saya buat sesuatu itu dan saya pertahankan apa yang saya buat atau nak perkatakan.
"Tak dinafikan ruang media sosial kini juga menjadi platform kita berkongsi dan peminat boleh tahu boleh apa saja.
"Bagi saya media sosial ini sebenarnya tanpa kita sedar ia adalah perangkap yang mana jika kita tidak bijak mengendalikannya, ia akan memberi kesan negatif pada kita sendiri.
"Macam program realiti ni, saya sudah tahu apa yang saya mahu peminat tahu tentang diri saya yang mana saya galakan mereka mengetahui tentang kerja-kerja seni saya, berkongsi kejayaan saya bersama mereka, katanya.
..
Dalam pada itu, dek kerana tidak mahu mengundang sebarang isu atau kontroversi Fazura menyatakan dia mengambil pendekatan untuk lebih berjaga-jaga tentang sensitiviti masyarakat.
"Ada beberapa momen seperti momen saya sedang bersiap untuk FFM dan yang berada di dalam bilik itu adalah kawan-kawan lelaki saya.
"Mungkin itu hanya yang orang nampak tetapi sebenarnya di dalam bilik itu ada produser saya seorang wanita dan ada beberapa kru wanita lain," jelasnya.
- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED