Translate

27 July 2015

22 lelaki warganegara Pakistan ditahan apabila Polis melakukan serbuan di Desa Melawati


TAKTIK SOROK DADAH DALAM BONGKAH JERAMI DIBONGKAR


Kuala Lumpur, 27 Julai – Taktik menyorokkan dadah di dalam bongkah jerami terbongkar apabila sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan serbuan di Desa Melawati, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Sebanyak 33 bungkusan dadah jenis heroin yang disembunyikan di dalam 13 bongkah jerami ditemui dalam satu dari tiga kontena yang diperiksa pihak polis.

Dalam sidang media yang dijalankan, Pengarah JSJN, CP Dato’ Sri Mokhtar Hj. Mohd Shariff berkata pihaknya telah menjalankan serbuan di dua buah stor buah stor penyimpanan dadah dan tiga buah kontena.

“Seramai 22 lelaki warganegara Pakistan yang berumur 20 hingga 45 tahun dipercayai menjadi dalang dalam sindiket tersebut turut ditahan.

“Bungkusan-bungkusan seberat 35 kilogram (kg) itu dianggarkan bernilai RM2.85 juta,” katanya lagi.

Kesemua suspek yang berumur lingkungan 20 sehingga 45 tahun itu kini ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED