Translate

27 May 2015

Video Wanita Mengamuk Dihalang Naik Pesawat Undang Reaksi Ramai




 Susulan video yang tersebar menunjukkan seorang penumpang wanita mengamuk selepas ditarik dan dihalang menaiki pesawat, rata-rata pelayar media sosial memberikan reaksi terhadap kakitangan AirAsia dan penumpang berkenaan.



Menerusi video kedua yang turut menjadi viral, wanita berkenaan berterusan menengking beberapa polis bantuan, termasuk seorang wanita berbaju merah, mungkin pekerja bahagian pengurusan syarikat penerbangan berkenaan.

Meskipun diterangkan berulang kali punca dia dihalang menaiki pesawat berkenaan, wanita tersebut tetap enggan mengalah.

Salah seorang pengguna Facebook, Lingeswaran Rathinam dalam ruangan komen memberitahu polisi setiap syarikat penerbangan telah mensyaratkan setiap penumpang untuk berada di ruang menunggu 40 minit sebelum penerbangan dan berada di dalam pesawat 20 minit sebelum berlepas.

Malah Lingeswaran turut memberitahu, jika pintu pesawat yang sedang bersiap sedia untuk terbang terpaksa dibuka semula, ia akan membabitkan kos yang tinggi kerana turut memberi kesan kepada ketibaan pesawat-pesawat yang lain yang telah dijadualkan lebih awal. -Siakapkeli.my





ee


Viral dilaman sosial hari ini menunjukkan seorang penumpang wanita yang dikatakan telah mengamuk selepas ditarik dan dihalang menaiki pesawat.

Kejadian yang dikatakan berlaku di KLIA2 itu memaparkan kejadian berlaku di ruang "aero bridge" kelihatan seorang penumpang wanita meronta-ronta meminta dilepaskan oleh kakitangan AirAsia.

Wanita itu yang tidak dapat dipastikan kewarganegaraan telah mempersoalkan kakitangan terbabit mahu membawanya keluar dari ruang itu.

Bagaimanpun polis bantuan Lapangan Terbang menjelaskan dia mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Jawapan itu membuatkan wanita berkenaan enggan berganjak dan melawan dengan menarik tangannya dan juga dilihat menendang polis bantuan berkenaan.

"Saya akan saman awak! Okay?!" kata wanita berkenaan.

Bagaimanapun kenapa wanita itu ditarik tidak dapat dipastikan, yang pasti pihak keselamatan kapal terbang mempunyai sebab yang kukuh untuk bertindak sedemikian.

Takkan pihak keselamatan saja-saja menghalang wanita berkenaan. Dari pandangan video berkenaan juga menunjukkan pintu kapal terbang telah ditutup. Mungkin dia terlambat datang, sekadar tekaan.

Apapun kita tunggu jawapan rasmi daripada pihak Air Asia tentang kejadian ini. -Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED