Translate

28 March 2015

Wanita Bogel Ditemui Mati Dalam Bilik Hotel Dengan Kesan Jerutan DiI Leher

Mayat Wanita Bogel Ditemui Dalam Bilik Hotel Dengan Kesan Jerutan DiI Leher



KUCHING: Sadis! apabila seorang wanita ditemui dalam keadaan berbogel dengan kakinya diikat di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Green Hill di sini.

Mayat wanita yang berusia 42 tahun tersebut dijumpai oleh pekerja hotel berkenaan dalam keadaan terbaring di atas katil berselimut dengan terdapat kesan lebam pada leher kesan jerutan.

Keadian tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata hasil siasatan awal, polis mendapati mangsa warga tempatan yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya mendaftar masuk ke bilik berkenaan pada Rabu lalu.

“Identiti mangsa telah diperoleh selepas polis memeriksa setiap kenderaan yang diletakkan di belakang hotel berkenaan.

“Polis telah pergi ke rumah setiap pemilik kenderaan dan secara kebetulan salah satu kereta tersebut adalah milik mangsa, dan telah dapat berjumpa dengan suami mangsa di alamat tersebut” katanya.

Roslan Bek berkata siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang senjata dan mayat wanita itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Siakapkeli.com.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED