Translate

28 March 2015

Benjy Ditahan Lagi Buat Kali Ke Empat kerana memiliki dadah jenis syabu dalam satu sekatan jalan raya di Pagoh, Johor,

Benjy Ditahan Lagi Buat Kali Ke Empat Kerana Miliki Dadah


Alahai.. Apa nak jadi dengan sorang artis kita ni sebab tidak serik-serik apabila ditahan lagi oleh pihak polis buat kalu keempat kerana memiliki dadah jenis syabu dalam satu sekatan jalan raya di Pagoh, Muar, Johor, semalam.

Menurut pihak polis Benjy ditahan bersama seorang lelaki setelah pihak polis menemui satu beg di tempat letak kaki pemandu yang mengandungi empat paket plastik dadah disyaki syabu dengan anggaran seberat 52.27 gram.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menjumpai satu kotak di dalam but kereta yang mengandungi beberapa botol plastik tertulis HmbG Chemicals, Bendosen Aceton, Bendosen Toluene dan satu bekas lain yang tertulis perkataan Bendosen Calcium Chloride.

Selain itu, satu paket dadah jenis syabu dengan anggaran seberat 1,073 gram dan satu bekas plastik disyaki syabu dengan berat 193 gram turut ditemui.

Dari pemeriksaan rapi yang dilakukan dalam kenderaan itu turut menjumpai tujuh kaca, satu corong kaca, satu bekas plastik, satu getah paip, satu pengering dan satu dapur elektrik.

Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Siakapkeli.com.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED