Translate

24 February 2015

Dua Beranak Cedera Ditembak 4 Orang Lelaki Berhampiran Taman Kota Permai






Bukit Mertajam: Dua beranak cedera ditembak oleh suspek berkumpulan, 4 lelaki dengan menunggang motosikal ketika di persimpangan lampu isyarat di Jalan Song Bang Kheng berhampiran Taman Kota Permai,12.40 tengah hari tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mazlan Kesah, mangsa yang berusia 21 tahun yang memandu kereta bersama ibunya yang berusia 43 thaun pada ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menghadiri perbicaraan membabitkan kes dadah di Mahkamah Bukit Mertajam.

"Ketika sampai di lokasi kejadian, datang empat lelaki menunggang dua motosikal dan terus melepaskan tembakan ke arah kereta mangsa."

"Ibu mangsa cedera di leher dan lengan kiri manakala lelaki itu cedera di dada kiri," katanya memetik laporan Harian Metro.

Menurutnya lagi, sebanyak enam kesan peluru ditemui pada bahagian kiri kenderaan dan empat lagi pada bahagian kanan.

"Kedua-dua mangsa yang dirawat di Hospital Bukit Mertajam (HBM) kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Semakan dilakukan mendapati pemandu kenderaan itu mempunyai rekod jenayah lampau dan kejadian dipercayai bermotifkan balas dendam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya. ─Siakapkeli.com.my, Kredit gambar: Ganesh Nesh




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED