Translate

24 January 2015

Paris Hilton Teruja Datang Malaysia Kali Pertama




384

1

6

1
Share

0


SEBUT sahaja nama selebriti Hollywood Paris Hilton, apa yang tergambar adalah kehidupan mewahnya, kontroversi yang melanda serta kegemarannya bersosial.
Begitu pun Paris mempunyai peminat tersendiri termasuklah di negara ini.
Justeru berita baik buat mereka, bintang program realiti TV The World According To Paris ini sudah pun berada di Malaysia.
Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Paris menerusi laman Instagram peribadinya semalam.
download (1)
Paris yang juga pewaris rangkaian hotel Hilton, memaklumkan kedatangannya buat kali pertama ke negara ini beserta gambarnya dalam suite kelas satu pesawat Emirates yang melakukan penerbangan dari Dubai ke Kuala Lumpur.
download
“Bye Dubai! Taking off to Kuala Lumpur! Can’t wait to go to Malaysia for my first time!”
Paris ke sini bagi memenuhi jemputan Empire City yang menganjurkan konsert Party Of Century di Damansara Perdana, pada Jumaat.
Selain Paris kumpulan pop Korea 2AM dan Taboo daripada Black Eyed Peas turut membuat persembahan di konsert yang bermula lewat petang ini.
Apa lagi… inilah peluang peminat Paris bertemu selebriti seksi ini. Kot dapat peluang bergambar selfie sekeping dua dengan dia cukuplah, ye dak? -MYNEWSHUB.CC



Paris Hilton ‘in the house’

Oleh Michelle Gun 

michellegun@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selebriti terkenal Hollywood, Paris Hilton menjadi tumpuan ramai tetamu dan media sebaik tiba di majlis eksklusif The Party of The Century di Empire City, di sini, sebentar tadi.
Sosialit berusia 33 tahun itu diundang untuk membuat penampilan istimewa sempena pelancaran pusat hiburan terbaru dan terbesar itu.
Selain Hilton, majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan K-Pop terkenal 2AM, Taboo Black Eye Peas, DJ Ken dan penyanyi Australia, Adam Vincent.
Majlis dengan tema era 1920-an itu turut dihadiri ramai artis tanah air iaitu Erin Malek, Zulin Aziz, Nazim Othman dan produser filem, Gayatri Su Lin Pillai.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 9:48 PM
PARIS Hilton tiba pada majlis pembukaan Empire City di Damansara Perdana. FOTO Abdullah Yusof
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25840#sthash.kQxfbMx1.dpuf

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED