Translate

16 December 2014

Pelakon Berhutang Serah Beg Tangan Tiruan

Pelakon Berhutang Serah Beg Tangan Tiruan



Kuala Lumpur: Tembelang seorang pelakon wanita bergelar Datin menawarkan beg tangan berjenama yang didakwa tulen bagi menjelaskan baki tertunggak kepada syarikat agensi pelancongan terbongkar selepas pemeriksaan ke atas beg itu mendapati ia adalah tiruan.
Malah pelakon berusia 28 tahun itu turut didakwa mengugut kakitangan agensi pelancongan berusia 30-an itu yang beroperasi di Taman Maluri, di sini, untuk membakar pejabat mereka selepas dia gagal mendapatkan semula beg tangan tiruan berjenama itu.

Kakitangan wanita terbabit yang bimbang dengan ugutan pelakon itu dan berasa ditipu kemudian tampil bersama majikannya membuat laporan di Balai Polis Kampung Pandan Rabu lalu untuk tindakan selanjutnya.

Sumber berkata, dia bersama keluarga pada mulanya menggunakan pakej pelancongan itu untuk melancong ke luar negara awal November lalu.
“Bagaimanapun sebelum melancong dia ada datang berjumpa dengan kakitangan terbabit dan membawa dua beg tangan berjenama yang didakwa tulen untuk dijual dengan harga RM6,000.
“Mangsa pada mulanya menolak dan tidak mahu membeli beg tangan itu namun pelakon itu meminta dia menyimpan di pejabat syarikat terlebih dahulu dan tidak mahu membawanya pulang,” katanya.
Sumber berkata, selepas pelakon itu pulang dari bercuti, pihak agensi pelancongan kemudian meminta dia menjelaskan bayaran yang masih belum dijelaskan.
“Bagaimanapun pelakon terbabit meminta kakitangan berkenaan menolak baki hutang itu dengan mengambil sebuah beg tangan berjenama yang didakwa tulen berharga RM6,000.
“Mangsa berasa ragu-ragu sebelum dia bersama majikannya membuat pemeriksaan beg itu kepada pihak berkaitan dan mendapati ia adalah beg tangan tiruan,” katanya.
Menurut sumber, mangsa kemudian memberitahu kepada pelakon terbabit bahawa beg tangan diberikannya adalah tiruan menyebabkan dia mendakwa kemungkinan ditipu ketika membeli beg itu di sebuah pusat beli- belah terkemuka di Kuala Lumpur.
“Mangsa kemudian mengajak pelakon itu ke butik barangan berjenama yang didakwa dibelinya di pusat beli-belah terbabit namun dia enggan dan memberitahu ingin menguruskannya sendiri,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED