Translate

21 October 2014

SAMM Johor mahu hospital Ampang Puteri kaji keputusan taja Che Ta


SAMM Johor mahu hospital kaji keputusan taja Che Ta


17 Okt – Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor memohon agar Hospital Ampang Puteri milik Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk tajaan bersalin aktres jelita Rozita Che Wan.
Dipetik daripada laporan Malaysiakini, penyelaras SAMM Johor iaitu Hadzril Rizal memberitahu aktres yang mesra dengan panggilan Che Ta berkemampuan untuk membiayai kos urusan bersalinnya.
"Apakah asas KPJ benarkan pengurusan Ampang Puteri untuk memberikan tajaan ini? Sedangkan ramai lagi rakyat negeri Johor yang langsung tidak dapat menikmati apa-apa keistimewaan di pusat-pusat perubatan milik KPJ.
"Ramai rakyat Johor terpaksa berbaris panjang di klinik kesihatan awam, malah senarai menunggu untuk rawatan penyakit kritikal seperti pembedahan pintasan jantung di hospital pakar kerajaan juga begitu panjang," katanya.
Malah Hadzril turut menyebut kes adik Mohd Aqil Rida dari Parit Sulong, Johor yang memerlukan sumber kewangan bagi pembedahan jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN).
Aktres berusia 41 tahun itu dan suami, pelakon Zain Saidin dilaporkan menimang cahaya mata sulung mereka bila-bila masa sahaja selepas diijabkabulkan pada 11 Disember 2013.
Che Ta turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED