Translate

21 June 2014

Pelakon Dazrin Kamarudin mengesahkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang juga aktres Amyra Rosli pada 8 Ogos

Dazrin Kamarudin & Amyra Rosli Kahwin 8 Ogos Depan

..
Pelakon Dazrin Kamarudin mengesahkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang juga aktres Amyra Rosli pada 8 Ogos depan.
Memetik kenyataan di mStar online, Dazrin, 26, berkata, dia sendiri memilih tarikh berkenaan kerana ia mempunyai simbolik istimewa dalam hubungan mereka tambahan pula ketika itu umat Islam masih meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
"Insya-Allah saya dan Amyra akan disatukan sebagai suami-isteri pada 8 Ogos depan iaitu dua minggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Saya memilih tarikh itu kerana ia bulan kelahiran Amyra dan dia dilahirkan pada tahun 1988. Jadi ia sebagai satu simbolik sebagai ingatan kami berdua," katanya.
Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos tahun lalu selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta.
Dalam pada itu, Dazrin mengakui gementar untuk bergelar seorang suami namun menjelaskan sudah bersedia mengalas tanggungjawab baharu itu apabila mengambil keputusan untuk berkahwin.
Sementara itu, Amyra, 23, pula tidak melihat keputusannya untuk menamatkan zaman solo akan memberikan impak negatif kepada kerjaya lakonannya yang sedang meningkat naik.
Jelas Amyra, dia yakin rezekinya bukan ditentukan oleh status seseorang artis itu sebaliknya ia daripada Tuhan selain usaha dan kerja keras untuk berjaya.
Dalam perkembangan sama, Amyra berkata, persiapan perkahwinan mereka sedang rancak dilakukan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan dia turut terharu apabila ada beberapa pihak bersedia menaja majlis itu nanti.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED