Translate

21 June 2014

Jangan Salah Faham Kemesraan Saya Dengan Zul - Elfaeza Ul-Haq


..
Umum mengetahui pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin sedang menjalin cinta dengan penerbit Gayatri Su Pillai (Gaya). Namun sewaktu MD menghadiri majlis 'Seindah Ramadan Anugerah Syawal TV3 & TV9', bertempat di hotel One World, Damansara kelmarin, terdengar gosip mengatakan yang Zul sangat mesra dengan pelakon kelahiran Singapura, Elfaeza Ul Haq.

Kebetulan kedua-dua pelakon tersebut ada di majlis berkenaan bagi mempromosikan drama lakonan masing-masing yang bakal ditayangkan di TV3 dan TV9 pada bulan Ramadan dan Syawal nanti.
Lebih panas, spekulasi hubungan mesra mereka semakin kukuh apabila seorang teman MD mendengar perbualan seorang individu bersama dua pelakon ini. Dalam perbualan itu, individu tersebut yang merupakan seorang wanita berstatus ibu, berpesan kepada Zul supaya menjaga Elfaeza baik-baik. Kalau mereka tiada 'apa-apa', masakan wanita itu bersungguh mengingatkan Zul.
"Hah?! Dengar cerita macam mana tu? (gelak) Ishh, tidaklah. Jangan salah faham. Kami hanya kawan rapat sama macam kawan-kawan yang lain.
"Kami mula rapat sejak sama-sama berlakon dalam drama 'Janji Adam'. Kami senang berborak. Lagipun kami tinggal berdekatan. Kalau ada masa, kami hangout dengan kawan-kawan lain. Keluar makan. Itu saja.", kata pelakon yang mula mendapat perhatian ramai peminat meerusi lakonannya dalam drama bersiri fenomena, 'Adam & Hawa' ini.
Tambah Faezah, dia tahu yang Zul sedang bercinta dengan Gayatri. Malahan akui Faezah, dia dan Zul serasi berkawan kerana kerana mereka saling menghormati hal privasi masing-masing. Justeru hubungan mesra antara mereka tidak pernah dianggap lebih dari sebagai seorang sahabat baik.
"Zul kelakar orangnya, baik hati dan pemurah. Saya suka berkawan dengan orang yang bijak sebab saya dapat berdebat dengan dia tentang apa saja topik. Selalu juga lah kami 'gaduh' kalau borak pasal satu, satu topik tu.
"Saya tahu dia pun tengah bercinta dengan orang lain. Jadi memang hubungan kami tak lebih dari sekadar kawan. Sama juga macam saya rapat dengan Shah Iskandar. Mungkin orang bercerita sebab mereka lelaki, saya pula perempuan. Walhal, kami hanya berkawan. Saya tak pernah terpandang Zul lebih dari seorang kawan", tuturnya sambil tersenyum dan mengakui terkejut apabila diajukan pertanyaan tentang hubungan persahabatannya dengan aktor itu.
Dalam pada itu Faezah mengesahkan yang dia kini masih solo dan tidak bercinta dengan mana-mana lelaki. Sebaliknya Faezah mahu fokus dalam mengukuhkan kerjaya lakonannya di sini.
- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED