Translate

23 June 2014

Ibu remaja OKU terabai direman empat hari

Ibu remaja OKU terabai direman empat hari

Ibu remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai semalam, ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdullah Roning berkata wanita itu ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes  itu.
"Polis menahan wanita itu dikediamannya di Flat Taman Semarak, Nilai semalam.
"Polis sedang menjalankan siasatan terperinci meliputi segenap aspek bagi mengetahui punca sebenar remaja malang itu ditinggalkan keseorangan di dalam flat berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui oleh Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi bersepadu 6P di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan.
Remaja lelaki itu kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.
Sementara itu, Faizal Fazri berkata keadaan remaja OKU itu semakin baik dan keadaannya lebih terurus.
"Rambutnya digunting nipis manakala perutnya tidak lagi kempis kerana diberi makan dan beliau lebih tenang.
"Doktor dan jururawat memberi rawatan dengan penuh kasih sayang kepadanya," kata beliau kepada pemberita selepas melawat remaja itu hari ini.
Menurutnya remaja itu juga memberi tindak balas apabila namanya dipanggil.
Dalam pada itu, bekas pengasuh remaja OKU itu, Norfitri Radius berkata dia menjaga remaja itu dari 2003 hingga 2011 namun setelah berkahwin, beliau mengikut suaminya berpindah ke Gemencheh.
Beliau tidak menyangka remaja OKU malang yang dilaporkan media semalam adalah budak lelaki yang pernah dijaganya.
"Masa saya jaga dahulu, Alhamdulillah beliau gemuk dan tidak terbiar macam tu. Pada masa itu, beliau dah mula pandai nak berdiri dan bercakap satu persatu.
"Saya menjaganya selama lapan tahun dan sudah menganggapnya macam anak saya. Saya tidak menyangka beliau berkeadaan terbiar begitu sekarang," katanya selepas turut melawat remaja OKU itu hari ini.
Norfitri juga tidak mahu menyalahkan ibu remaja itu dan mendakwa bapanya tidak pernah memberi nafkah anak. – Bernama, 22 Jun, 2014.



Wajah Sebenar Muhammad Firdaus Dullah Budak OKU
Ini adalah gambar wajah sebenar remaja OKU Muhammad Firdaus Dullah yang diambil pada 5 November 2011. Berbeza dengan keadaan sekarang apabila si mangsa dilihat dalam keadaan yang terbiar sehingga kurus kering.
MUHAMMAD FIRDAUS DULLAH 3
MUHAMMAD FIRDAUS DULLAH 3
MUHAMMAD FIRDAUS DULLAH 3
Gambar Ibu Kepada Budak OKU Dikurung Hingga Kurus Kering Tersebar
Berikut adalah foto ibu kepada Muhhamad Firdaus Dullah budak OKU yang bernasib malang.
IBU MUHAMMAD FIRDAUS DULLAH 3

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED