Translate

26 May 2014

Pelakon Aaron Aziz dipilih sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013

Aaron Aziz Bintang Paling Popular 2013

..
Pelakon Aaron Aziz dipilih sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) apabila mengungguli undian tertinggi pada majlis tersebut dengan memperoleh 76,742 undi.
Memetik sumber mstar online, Aaron turut menerima trofi Pelakon Filem Lelaki Popular pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Sabtu.
Ia adalah kemenangan kedua buat pelakon itu selepas memenangi anugerah sama pada 2011.
Kemenangan itu membolehkan Aaron membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Teana sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Nakita Gold & Diamond dan jam tangan Tendence.
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada Datuk Rahim Razali mengiktiraf sumbangan dan jasa mereka dalam bidang seni selama 50 tahun.
Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM.
Dalam pada itu,Siti Saleha mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara itu, Hafiz menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.
Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi oleh Stacy dan Akim manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Stacy.
Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Shah Iskandar dan Siti Saleha.
Pelawak Achey memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala Zara Zya meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.
Pelakon Jihan Musa pula merangkul Artis Komedi Wanita Popular, manakala Jep Sepahtu memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.
Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Johan Raja Lawak bagi stesen Era FM dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM.
Sementara itu, pelakon dan pengacara Neelofa berjaya merangkul anugerah Pengacara TV Wanita Popular pada tahun ini.
Manakala Datuk AC Mizal merampas gelaran Pengacara TV Lelaki Popular yang sebelum ini disandang oleh Datuk Aznil Nawawi.
Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh Fara Fauzana, Amy Mastura, Shahrol (Shiro) dan Ajak (Shiro) selain beberapa penyampai jemputan seperti Fizz Fairuz, Almy Nadia, Emma Maembong, Zizan Razak, Nasir Wahab dan Lana Nordin.
Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Mawi, Ac Mizal, Zainal Abidin, Hazama Dayang Nurfaizah dan Tegar.
ABPBH 2013 edisi ke-27 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.
Senarai penuh pemenang ABPBH-2013
1) BINTANG PALING POPULAR: AARON AZIZ
2) PENYANYI LELAKI POPULAR: HAFIZ
3) PENYANYI WANITA POPULAR: STACY
4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: STACY & AKIM
5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: ACHEY
6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: ZARA ZYA
7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: AARON AZIZ
8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: SITI SALEHA
9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: SHAH ISKANDAR
10) PELAKON TV WANITA POPULAR: SITI SALEHA
11) ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR: JEP SEPAHTU
12) ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR: JIHAN MUSA
13) PENGACARA TV LELAKI POPULAR: AC MIZAL
14) PENGACARA TV WANITA POPULAR: NEELOFA
15) PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR: JOHAN RAJA LAWAK (Era FM)
16) PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR: FARA FAUZANA (Hot FM)
ANUGERAH KHAS
1) ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: DATUK RAHIM RAZALI


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED