Translate

24 May 2014

Liyana Jasmay dan suaminya yang sebelum ini menggelarkan bayi mereka sebagai Baby S akhirnya mengumumkan yang mereka memilih nama Sofia Arissa untuk cahayamata pertama mereka



Liyana Jasmay Pilih Nama Sofia Arissa

Liyana Jasmay dan suaminya yang sebelum ini menggelarkan bayi mereka sebagai Baby S akhirnya mengumumkan yang mereka memilih nama Sofia Arissa untuk cahayamata pertama mereka. Hal ini disahkan sendiri oleh Liyana menerusi akaun Instagram miliknya.
Riak suaminya jelas menunjukkan yang dia begitu gembira dengan kehadiran cahayamata sulung yang menjadi pelengkap kepada rumahtangga mereka. Malah keterangan pada gambar tersebut turut berbunyi “Daddy is so in love with Sofia… and cant stop staring at her”

Liyana selamat melahirkan  bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada 13 Mei lalu pada jam 7.40 malam di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Dia pada ketika ini sedang menjalani berpantang secara tradisional dan akan dijaga oleh bidan selama 44 hari.
Pelakon filem 'Papadom' ini telah melangsungkan perkahwinan bersama suaminya, Fathuddin Mazlan di sebuah majlis gilang gemilang di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada 2 Februari 20


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED