Translate

29 May 2014

"Beri Sebab Kukuh Kenapa Nama Saya Disekat?"- Akhil Hayy


..
Penyanyi dan pendakwah bebas, Ustaz Akhil Hayy mendakwa ada individu berkepentingan cuba menutup periuk nasinya sekaligus menyebabkan nama beliau ditolak mentah-mentah oleh stesen saluran TV berbayar, Astro. Lebih menyedihkan hal itu telah berlarutan selama empat tahun.
"Mula-mula zikir saya ditarik. Kemudian Azan saya pula ditarik. Saya juga sepatutnya menjadi juri untuk program realiti Pencetus Ummah, tapi tak jadi. Terbaru, saya ditawarkan berlakon untuk sebuah telemovie 'Rock Sangkut', terbitan produksi Mawi (Mawi Entertainment). Namun Mawi memaklumkan nama saya tidak diterima oleh pihak stesen tersebut. Ketika saya dimaklumkan perkara itu, Mawi sendiri tidak dapat memberikan alasan kerana pihak stesen tersebut tidak menyatakan sebab kenapa nam saya ditolak, luah Ustaz Akill Hayy ketika ditemui pada pelancaran single terbarunya 'Andai Esok', bertempat di Butik Pua Herritage, Amcorp Mall, semalam.
Sebelum ini Ustaz Akhil Hayy terkenal menerusi program seperti 'Cafe Akhil Hayy' dan program realiti islamik, 'Cubaan' yang disiarkan di saIah satu saluran di stesen TV berkenaan.
Tambah suami kepada penyanyi dan pelakon Wahida Abdul Wahab ini lagi, dia tidak kisah sekiranya penolakan dirinya itu mempunyai sebab atau punca yang logik. Sebaliknya tiada apa-apa alasan kenapa namanya digugurkan secara tiba-tiba.
"Saya tidak tahu kenapa? Saya tiada masalah dengan stesen televisyen berkenaan. Tapi saya ada rujuk kepada pihak Astro dan mengikut sumber yang dipercayai, nama saya ditolak gara-gara seorang individu yang mempunyai kepentingan dalam stesen TV tersebut", katanya dengan nada tegas.
Meskipun dia tidak lagi muncul di saluran TV tersebut, Akhil Hayy bagaimanapun berkata rezekinya tidak terjejas kerana dia masih lagi boleh menjalankan aktiviti dakwahnya seperti biasa sama ada di masjid dan juga surau.. Malah ada beberapa saluran TV lain yang menawarkannya untuk tampil dalam beberapa program.
Cuma apa yang dikesalkan ialah dia tidak tahu apa punca sebenar dirinya disingkirkan begitu sahaja.
"Saya tidak tahu sebab kenapa individu itu berbuat demikian. Saya cuma mahu beliau beritahu saya satu alasan kukuh kenapa nama saya disekat?. Sehingga kini saya tidak berjumpa dengan individu itu untuk berbincang kerana saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan beliau", tuturnya.
Sementara itu, menyentuh tentang single 'Andai Esok', lagu tersebut merupakan ciptaan Badhisham, manakala lirik ditulis oleh Hairul Anuar Harun. Menurut Akhil, lagu tersebut merupakan salah satu lagi caranya berdakwah sekaligus ia adalah sebagai sumbangannya kepada umat Islam sebelum dia meninggal dunia.
"Lagu ini menceritakan tentang perjalanan hidup manusia dan saya harap dapat ia memberi kesan kepada orang yang mendengarnya," katanya.
Perkembangan lain, Akhil Hayy juga sedang menyiapkan album terbarunya. Menarik, album tersebut juga bakal memuatkan lagu ciptaan daripada isterinya, Wahida.
- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED