Translate

25 March 2014

TWIN TOWERS LIVE 2014 CONCERT DIBATALKAN {CANCELLED}

Konsert Twin Tower@Live 2014 Jumaat Ini Dibatalkan

..
Konsert sempena perlumbaan Formula One Grand Prix Malaysia (F1), Konsert Twin Towers @Live 2014 yang sepatutnya berlangsung pada 28 Mac ini dibatalkan sebagai menghormati insiden kehilangan pesawat MH370.
Menurut pihak penganjur yang dihubungi sebentar tadi berkata, satu kenyataan rasmi mengenai pembatalan konsert itu akan dikeluarkan hari ini.
Konsert percuma yang dianjurkan buat kali ketiga ini sepatutnya berlangsung selama dua hari mulai 28 (Jumaat) dan 29 (Sabtu) ini. Pada hari pertama, dijadualkan ratu pop Cristina Alguilera dan kumpulan Rock Amerika, Lifehouse akan membuat persembahan.
Sementara hari kedua (Sabtu) bakal menampilkan penyanyi sensasi Kpop, RAIN, dan penyanyi hebat dari British, Craig David.
Selain beberapa artis tempatan yang bakal membuat persembahan seperti Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Illa Damia, DJ Biggie, Oh Chentaku dan juga Irama.
..
Tepat jam 10 malam (Isnin) malam tadi, seluruh dunia bertumpu dengan perkembangan terkini mengenai insiden kehilangan pesawat MH370. Satu berita yang cukup mengejutkan dan sangat menyedihkan kita semua.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media khas mengumumkan bahwa penyiasat dari Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) mengesahkan pesawat milik Malaysian Airlines MH370 yang hilang dari radar sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di Selatan Lautan Hindi.
- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED