Translate

22 March 2014

Chef Wan ‘perlekeh’ penemuan rangka pesawat MH370 di laman sosial




Selebriti ini memang tidak pernah sunyi dari dilanda kontroversi.  Selebriti yang dimaksudkan ialah chef kesayangan ramai tukang masak Chef Radzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan yang sinonim dengan keletahnya ketika menghoskan rancangan tukang masak.

Chef Wan menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik gambar dia tepi pantai dengan memegang satu objek yang menurutnya, “menyerupai objek pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ketika selepas berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada Mac 8.

Dalam nada berseloroh, Chef Wan dalam komennya menulis: ‘objek itu ialah sebahagian dari pintu jamban rumah cik kiah di Pantai Morib yang telah usang rupanya…. Adoi frustnya.’

Selepas gambar itu dimuat naik, peminat mula ‘naik angin’ dan mengecam selebriti yang berusia 56 tahun itu.




Gambar itu telah dipadamkan dari akaun Instagramnya dan telah menerima 701 ‘likes’.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail pernah dikaitkan dengan isu ‘nasi lemak telanjang’ pada Januari lalu apabila dia meluahkan rasa ketidakpuashatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan peswat milik Malaysia Airlines ke Bangkok.

Selebriti itu melabel hidangan itu sebagai ‘telanjang’ kerana kecewa menu itu kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kcang dan ikan bilis. Gambar hidangan itu turut dimuatnaik di akaun Instragrammnya dan mempamerkan lauk yang dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.

Selepas lebih 25 tahun bergelumang dalam dunia kulinari, Chef Wan dihormati di kalangan rakan-rakan artis tempatan dan juga antarabangsa.

Beliau turut dilantik sebagai Duta Ikon Pelancongan dan Duta Makanan Malaysia yang dinobatkan kerajaan dan Sistem Penerbangan  Malaysia (MAS) tidak lama dahulu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED