Translate

25 March 2014

ANUAR ZAIN TUNDA PERSEMBAHANNYA SEMPENA MINGGU SETIAUSAHA

Hormati Insiden MH370, Anuar Zain Tunda Showcase

..
Penyanyi Anuar Zain menunda persembahannya sempena Minggu Setiausaha yang diberi nama 'Terindah Anuar Zain' yang sepatutnya berlangsung 8 April kepada tarikh 29 April 2014, jam 12 tengah hari. Penundaan itu sebagai tanda hormat kepada keluarga, rakan-rakan dan orang-orang yang para penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines penerbangan MH370.
Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang khas yang diadakan di Zebra Square, sebentar tadi.
Persembahan 'Terindah Anuar Zain' yang akan berlangsung selama 90 minit akan diadakan di Ballroom, Hotel One World, Damansara.
Anuar berharap agar peminat-peminatnya terutama kepada mereka yang sudah membeli tiket menerima keputusannya ini.
Selain itu pada sidang media tersebut juga diumumkan, pada persembahan itu nanti peminat-peminatnya berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah, melanciong bersama penyanyi yang hits dengan lagu 'Lelaki Ini' ni ke Paris.
Maklumat lanjut mengenai jualan tiket-tiket, layari www.ticketcharge.com.my atauwww.facebook.com/anuarzainnetwork.

- mD












Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED