Translate

26 February 2014

Juliana Evans Kemalangan di Michigan, USA

Juliana Evan Kemalangan di Michigan, Kereta Remuk

..
Menerusi laman Instagram, pelakon Juliana Evans yang kini sedang menyambung pelajaran di Universiti Michigan, Amerika Syarikat mengkhabarkan dirinya mengalami kemalangan.
Beliau juga memuat naik beberapa keping foto menunjukkan keadaan keretanya yang remuk di bahagian hadapan dan belakang. Kemalangan tersebut berlaku pada 22 Februari lalu.
Kejadian dipercayai berlaku apabila seorang lelaki yang berada dalam keadaan mabuk melanggar lampu merah dan merempuh kereta dipandu Juliana.
Dalam masa yang sama, Juliana seperti berang apabila terdapat seorang pengikutnya di laman sosial tersebut melabel dirinya sebagai wanita yang tidak memandu dengan berhemah.
Namun, Juliana bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan parah kecuali berlaku sedikit pendarahan di telinga akibat terkena beg udara dan beberapa kesan lebam di badan.
Difahamkan lelaki yang melanggarnya telah ditangkap dan Juliana turut berhasrat untuk menyaman individu yang tidak bertanggungjawab itu.
..
..
..

- mD


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED