MUSIC PLAYER AT BOTTOM

OUR MUSIC PLAYER IS AT THE BOTTOM IN PINK. TO VIEW THE SONG LIST - CLICK ON MENU ICON AT THE BOTTOM RIGHT ... THE MUSIC PLAYER IS NOT AVAILABLE ON MOBILE PHONE OR TABLET

TO GET UPDATES IN YOUR E-MAIL PLEASE SUBMIT YOUR EMAIL ADDRESS

Friday, 31 January 2014

Sikap Garang Yasmin Hani Berkurang Sejak Kehadiran Noah

Sikap Garang Yasmin Hani Berkurang Sejak Kehadiran Noah

Kredit foto Faisol MustafaKredit foto Faisol Mustafa
Pengacara dan pelakon Yasmin Hani akui sepanjang hamil anak sulungnya, dia menjadi seorang cepat marah dan garang. Tetapi sikap garangnya itu semakin berkurangan sebaliknya hatinya menjadi mudah tersentuh sejak melahirkan cahaya matanya itu yang diberi nama Noah Ismail Wang.
"Masa mengandung memang saya mudah marah dan garang. Pantang ada silap sikit saya mula nak marah. Mungkin juga disebabkan perubahan hormon. Sampaikan saya beritahu suami saya, kadang-kadang saya marah tu sebenarnya saya tak sedar pun apa sebenarnya. Mujur suami saya memahami.
"Tapi sejak lahirkan Noah, perlahan-lahan sikap tu hilang. Saya berubah pula jadi seorang yang mudah tersentuh pula. Kadang-kadang tu bila tengok Noah, saya rasa nak menangis", kata Yasmin Hani ketika ditemui pada sidang media Selebriti Materniti Yasmin Hani di TGV One Utama, petang semalam.
Isteri kepada bekas ahli kumpulan Blackrose, Sha'rin Razali ini juga mengakui sejak bergelar ibu, hidupnya agak kelam kabut memandangkan dia masih lagi dalam proses membiasakan diri dalam menguruskan hal penjagaan putera kesayangannya itu.
Kerana itu, buat masa ini Yasmin tidak menerima banyak tawaran kerana mahu memberi tumpuan pada bayinya yang kini hampir mencecah usia tiga bulan.
"Saya tidak ada pembantu rumah. Jadi saya dan suami lah bergilir-gilir jaga Noah. Dalam awal-awal ni memang agak kelam kabut juga dibuatnya lebih-lebih lagi kalau saya ada pengambaran. Buat masa ini saya kurang ambil tawaran sebab Noah menyusu badan jadi susah kalau nak tinggalkan dia.
"Walaupun penat dan saya tak cukup tidur dek kerana menjaga Noah, tapi seronok sebenarnya bila melihat sendiri perkembangannya dari hari ke hari. Saya pula memang jenis suka ambil gambar dan video. Jadi setiap apa saja perubahan atau peningkatan yang saya nampak pada Noah, saya akan ambil gambar atau rakam video. Sebenarnya daripada hari pertama saya dapat tahu saya mengandung, saya dah mula rakam dan ambil gambar setiap apa yang saya buat", katanya.
Sha'rin Risau Syok Sendiri
..
Oleh sebab Yasmin gemar mengambil gambar sepanjang kehamilannya, maka tercetus idea pada pasangan suami isteri ini untuk mengabadikan saat-saat bermula mereka menerima berita bakal menimang cahaya hinggalah kelahiran Noah.
Menerusi rancangan Selebriti Materniti terbitan Blublack Production milik Sha'rin sendiri, Yasmin dan Sha'arin berkongsi pengalaman menyambut kelahiran Noah serta informasi berguna kepada penonton terutamanya golongan wanita. Program itu bakal bersiaran pada 3 Februari depan pada setiap hari Isnin di saluran Maya HD pada pukul 9.30 malam.
"Saya dan suami tidak pernah merancang pun nak menerbitkan program ini kerana pada asalnya kami mengambil gambar dan video sekadar simpanan untuk ditunjukkan kepada anak Noah apabila dia dewasa nanti.
"Tapi idea menerbitkan program itu timbul selepas menyedari rakaman peribadi yang kami rakamkan sendiri sepanjang kehamilan terlalu banyak, sangat menarik dan kami rasa berpotensi untuk dikongsi kepada umum sekaligus memberi manfaat kepada orang lain," kata Yasmin Hani.
Tambahnya program yang bakal ditayangkan sebanyak empat episod itu memaparkan pelbagai detik sepanjang kehamilannya seperti 'baby shower', pengalaman mengandung, saat di bilik bersalin, majlis cukur dan aqiqah.
"Setiap wanita mengalami situasi berbeza apabila mengandung dan begitu juga saya. Paparan dalam empat episod itu adalah lebih kepada kisah saya di samping informasi berguna bukan sahaja untuk wanita mengandung tetapi orang-orang di sekeliling mereka," jelasnya.
Bagaimanapun kata Sha'rin, pada mula dia berasa risau untuk meneruskan terbitan proram tersebut kerana bimbang dikatakan syok sendiri, memandangkan banyak footage yang dirakamkan oleh mereka sendiri. Tetapi atas pandangan kru produksinya, dia akhirnya yakin program ini banyak memberi manfaat kepada para ibu bapa terutama bagi pasangan yang baru pertama kali bakal menimang cahaya mata.
"Mula tu saya risau, takut orang kata kami syok sendiri pula. Kemudian rakan kongsi saya yakinkan saya untuk teruskan program ni. Untuk elakkan dari nampak kami syok sendiri, kru produksi yang buat pilihan dari segi shot-shot, gambar dan momen-momen menarik kami untuk dikongsikan pada para penonton", kata Sha'rin.

- mD

No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT TO WIN A PRIZE EVERY FORTNIGHT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, NST, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today and Yahoo are shared in this BLOG bestfbkl.blogspot.com

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.

Google+ Followers