Translate

28 January 2014

Pecahkan Rekod Hafiz, Jac Anggap Usaha Berbaloi

Pecahkan Rekod Hafiz, Jac Anggap Usaha Berbaloi

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
Mungkin ramai yang menyangka lagu yang dibawakan oleh Jaclyn Victor (Jac) berjudul Ikut Rentakkupada malam Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) baru-baru ini, mudah saja. Apatahlai lagu itu dinyanyikan olehnya yang sedia dikenali sebagai penghibur yang mempunyai vokal mantap.
Namun hakikatnya Jac mengakui lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu susah untuk dinyanyikannya. Begitupun kepayahan Jac terbalas apabila dia memenangi kategori Vokal Terbaik pada malam tersebut.
Kejayaan tersebut sekaligus mencatat sejarah tersendiri buat Jac apabila berjaya memecahkn rekod dominasi penyanyi Hafiz yang sebelum ini berjaya menggunguli kategori tersebut untuk tiga kali berturut-turut.
"Lagu ni bukan mudah sebenarnya untuk dinyanyikan. Orang mungkin ingat ia senang, tapi tak. Biasanya saya selalu dapat lagu berentak balada. Tapi kali ni saya dapat lagu rancak. Jadi saya buat saja lah. Saya fikir hanya mahu berseronok semasa buat persembahan di pentas. Kalau menang, bonus. Kalau tak menang, tak apa.
"Dengan kemenangan ini, ianya sangat berbaloi. Lagu tu susah, tapi usaha saya yang dibantu oleh kawan-kawan, akhirnya membuahkan hasil yang sangat bermakna", katanya kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui pada sidang media sejurus usai acara gilang gemilang itu pada malam Ahad lalu.
Persembahan mantap Jac diiringi lima penyanyi hebat, (dari kiri) Salamiah Hassan, Dina Nadzir, Adibah Noor, Elvira dan Atilia. Kredit foto Faisol Mustafa.Persembahan mantap Jac diiringi lima penyanyi hebat, (dari kiri) Salamiah Hassan, Dina Nadzir, Adibah Noor, Elvira dan Atilia. Kredit foto Faisol Mustafa.
Dalam pada itu Jac juga meluahkan perhargaannya kepada lima sahabatnya iaitu Dina Nadzir, Salamiah Hassan, Atilia, Elvira Arul dan Adibah Noor yang sudi mengiringinya di pentas bagi menghangatkan lagi persembahannya.
“Sebenarnya saya nak mereka berdiri sebaris dengan saya, ala-ala ‘dreamgirls’. Tapi mereka menolak dan suruh saya kehadapan sebab saya bertanding. Saya cukup berterima kasih pada mereka sebab sudi membuat persembahan dengan saya.
"Saya pilih mereka sebab mereka adalah sahabat saya yang saya sangat sanjung dan hormati. Personaliti mereka juga membayangkan yang mereka ini wanita yang kuat sama macam maksud lagu ini”
Bagaimanapun, Jaclyn mengatakan bahawa agak sukar untuk mempertahankan kemenangannnya kelak memandangkan persaingan yang amat sengit di AJL akan datang serta banyak bakat baru yang berpotensi besar.
Sementara itu, penerbit dan komposer Azmeer selaku ketua juri bagi AJL-28 berkata, gelaran vokal terbaik diberikan kepada Jaclyn Victor adalah kerana kekuatan vokal penyanyi itu yang masih terserlah walaupun bergandingan dengan lima rakannya yang juga masing-masing mempunyai vokal yang mantap.
"Walaupun Jac diiringi lima diva ini, vokalnya tidak tenggelam malah berjaya mendahuli kelima-lima penyanyi tersebut", katanya.

- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED