Translate

30 January 2014

Marion Caunter Jawab Isu Skandal Suami

Marion Caunter Jawab Isu Skandal Suami

“Saya percaya dia,” tutur personaliti televisyen terkenal, Marion Rose Caunter Abdullah ringkas berhubung isu yang mendakwa suaminya, SM Nasarudin SM Nasimuddin mempunyai skandal dengan seorang selebriti popular tanah air.

“Orang lain boleh cakap macam-macam, namun saya percaya dengan suami saya dan begitu juga dengan dia yang mempercayai saya. Asalkan kami saling mempercayai, itu sudah memadai buat kami,” ujar Marion ketika ditemui di Hotel Traders, KLCC, pada petang Selasa.

“Kami selalu bercakap serta berbincang bersama mengenai apa saja perkara dan apabila timbul isu ini, saya kena terima benda ini kerana ia adalah bayaran yang perlu saya bayar apabila menjadi seorang figura awam.Apapun, saya tiada masalah untuk berhadapan dengan perkara ini kerana saya akui saya seorang wanita yang kuat,” jelas pengacara E! News Asia ini sambil memberitahu turut terkilan dengan sikap segelintir pihak yang memberi komen negatif di laman sosial miliknya.
“Tidak dinafikan ada segelintir pengikut di laman sosial yang memberi komen negatif serta menyakitkan hati saya. Namun, apabila saya dah buat keputusan untuk membuka akaun di laman sosial, saya kena terima benda ini. Saya tak kisah mereka kutuk saya kerana sudah terbiasa sejak dari zaman persekolahan lagi. Namun, apabila ia menyentuh mengenai anak saya, saya tidak suka.

Kenapa perlu ‘serang’ anak kecil yang tidak bersalah? Kadang-kadang pernah juga terlintas di hati untuk tidak berkongsi gambar anak-anak saya lagi di laman-laman sosial. Saya sedih dengan orang-orang sebegini. Kenapa mereka perlu bersedih dengan kehidupan mereka sedangkan mereka boleh buat sesuatu yang menggembirakan?,” ujar anak kelahiran Pulau Pinang ini mengakhiri perbualan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED