Translate

27 January 2014

Cinta Tanpa Sempadan Minah Indon Dan Mat Bangla

Cinta Tanpa Sempadan Minah Indon Dan Mat Bangla

CHANDRAN melihat seorang wanita warga asing yang menyorok di dalam tong berisi air bagi mengelakkan diri ditahan dalam Ops Bersepadu 6P di Pelabuhan Klang. Pic: Harian MetroCHANDRAN melihat seorang wanita warga asing yang menyorok di dalam tong berisi air bagi mengelakkan diri ditahan dalam Ops Bersepadu 6P di Pelabuhan Klang. Pic: Harian MetroKLANG: Seorang wanita warga Indonesia mengaku bersekedudukan dengan seorang lelaki Bangladesh di sebuah rumah kongsi di daerah ini selepas melarikan diri daripada majikannya yang didakwa gagal membayar gaji bulanan sebanyak RM900 selepas sembilan bulan bekerja dengan individu berkenaan.
Wanita itu antara warga asing yang ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor dalam Ops Bersepadu 6P di Kampung Sungai Pinang dekat Pulau Indah di sini, semalam.
Ketika ditahan, wanita berkenaan ditemui dalam keadaan basah kuyup akibat bersembunyi dalam bekas takungan air berhampiran sebuah kedai bagi mengelak diberkas manakala pasangannya tiada bersama. Wanita berkenaan bernasib baik kerana tindakannya menyembunyikan diri di kawasan takungan berkenaan nyaris membawa padah sebelum disedari seorang anggota penguat kuasa yang menyelamatkannya.
“Saya datang ke sini (Malaysia) selepas dibawa ejen kira-kira setahun lalu sebelum diserahkan kepada majikan dan selepas enam bulan bekerja, saya mengadu kepada ejen kerana majikan tidak membayar gaji tetapi mereka hanya mendiamkan diri.
“Dengan bantuan seorang rakan, saya dibawa ke sini (Klang) untuk mencari kerja lain kerana perlu mengumpul wang untuk dikirimkan kepada orang tua di kampung,” katanya.

Wanita berasal dari Jawa Tengah itu antara 37 pendatang yang ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam kelmarin dan berakhir awal pagi semalam.
Timbalan Penolong Pengarah Penguat kuasa Jabatan Imigresen Klang M Chandran berkata, operasi itu membabitkan 58 anggota terdiri 13 anggota Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan 21 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang menyasarkan dua lokasi tumpuan warga asing iaitu Jalan Kem dan Kampung Sungai Pinang.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED