Video : Elizabeth Tan Cover Lagu Havoc, Terbaik
Jika sebelum ini kami pernah menulis mengenai Elizabeth Tan dan beberapa buah lagu Melayu yang telah dinyanyikan olehnya semula, kali ini, gadis berasal dari Kuala Lumpur tersebut sekali lagi muncul dengan cover terbaru, Havoc.
Boleh kami katakan, pada sesiapa yang pernah mendengar lagu Havoc oleh Joe Flizzow sebelum ini, pasti akan terlupa muzik asal selepas mendengar cover Havoc versi Elizabeth Tan.
Apa tidaknya, dengan suara yang lunak dan merdu, Elizabeth berjaya mengubah susunan lagu hip-hop Havoc dengan gayanya sendiri diiringi dengan bunyi muzik akustik.
Video : Elizabeth Tan Cover Lagu Havoc, Terbaik
Joe Flizzow (tengah), penyanyi asal lagu Havoc
Dan selepas mendengar lagu ini dua kali, kami benar-benar terlupa bahawa lagu ini sebenarnya hanyalah sebuah cover. Tidak berlebihan bukan?
Fuh, sudah terlalu lama rasanya tak dengar dan jumpa penyanyi-penyanyi baru yang berbakat seperti ini. Yang ada cuma produk rancangan realiti yang bagi kami, produk ‘default’.
Tak banyak yang mahu kami ceritakan, anda dengar dan nilai sendiri.
Havoc – Elizabeth Tan (c0ver)
Havoc – Joe Flizzow (original)



oh bulan