Translate

29 November 2013

Ibu Tidak Merestui Pilihan Johan As'ari

Siapa masih belum reda dari terkejut mendengar kisah cinta tiba tiba antara pasangan ini? Untuk anda yang terlepas, Berita Harian semalam secara eksklusif mendedahkan yang pasangan Johan As’ari & Lana Nordin kini sedang bercinta dan sudah bersedia untuk berkahwin.


Kisah percintaan mereka berdua pastinya menerima reaksi berbeza daripada para peminat — ada yang tidak faham kenapa ini pilihan Johan As’ari sedangkan beliau sedang rapat dengan Shila Amzah & tidak kurang juga menyokong pilihan jejaka ini.
Namun reaksi ibu kepada Johan As’ari, Datin Firdaus melalui Instagram beliau turut mendapat perhatian lebih lebih apabila ada komen negatif & positif yang di’tinggalkan oleh para peminat dan termasuk dari Shila Amzah sendiri.
Melalui gambar terbaru yang di’muatnaik, Datin Firdaus menulis, “A sad face under the shades — Allah menduga setakat yang kita mampu. Setiap dugaan ada hikmah di sebaliknya”
Shila Amzah melalui akaun Instagram beliau turut memuatnaik sekeping gambar beliau bersama ibu Johan As’ari dan menulis, “Please be strong aunty sayang. We love you, no matter what. Allah knows better, we are here for you”

Namun gambar tersebut sudah di’padam oleh Shila Amzah tidak lama kemudian. Drama much?

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED